Loading...
Sensasi

Video Tersebar, Rita Rudaini Luah Perasaan Kecewa

Video Tersebar, Rita Rudaini Luah Perasaan Kekecewaan


Satu video menampilkan Rita Rudaini mempromo dirinya telah viral.

Video pendek berdurasi 10 saat itu memperlihatkan Rita mengatakan Cepat cepat pinang dirinya, siapa cepat dia yang dapat.

Ini menyebabkan Rita kecewa kerana video itu hanyalah untuk whatsapp group teman sahaja.

Ini komennya:

“Sebenarnya, video itu dibuat hanyalah untuk gurauan antara kawan-kawan saja. Saya langsung tidak memaksudkannya dan tak sangka pula ia menjadi tular di laman sosial.

“Saya juga tiada masalah untuk memenuhi impian seseorang untuk bergurau atau menghantar video untuk mereka tetapi mereka perlu peka jika ia membabitkan golongan selebriti.

“Saya kecewa kerana kadang-kadang pelbagai persepsi orang kepada saya yang memegang status begini (ibu tunggal). Ada orang yang boleh terima video ini sebagai bahan lawak dan ada pula yang menghentam saya dengan mendakwa saya sangat terdesak pula,”


Sementara itu, Rita memberitahu, ahli keluarga artis itu sudah pun memohon maaf kepadanya dan dia pun memaafkanya.

Ini video berkenaan:



Sumber : Citeheboh

About Admin

Loading...
Powered by Blogger.